Bagi sesiapa yg sedang membaca skrang ni, *sama ada utk mencari maklumat atau menambah pengetahuan* UPU ni sbenarnya adalah suatu aplikasi permohonan atas talian (online) bagi pelajar lepasan SPM memohon utk msuk ke universiti awam *atau dlam erti kta lain, ipta*
Knapa nk mohon? Ye la, klau nk msuk u, kena la mohon *lain la klau awal2 lg dah plan nk msuk universiti swasta, takyah baca pun takpe..* zaman skrang ni, dah tak main dah permohonan manual ke, surat tawaran msuk peti surat kt rumah ke.. smuanya on-line~
Semasa ingin mula2 memohon di page tu, korang perlulah mengisi segala maklumat yg diminta terlebih dahulu..*jgan nk tipu2 maklumat, nnti susah*
Slepas mengisi segala info yg diperlukan, korang akan diminta pula utk mengisi 8 pilihan courses (bidang) yg diminati *at least pilih 4 course yg berbeza aliran tau, jgan klau dah nk jd doktor tu, course sains perubatan jelah yg korang mintak*
Dari pilihan 1 hingga 8, belum tentu lagi korang akan dpat yg mana *bergantung kpada result SPM korang nnti.. dan juga nasib* tp slalunya, org akan isikan first 4 pilihan yg atas2 tu dgan courses yg diorang betul2 nk, *yg lain tu, spare2 je*
Bila dah submit, tunggu je lah hari result permohonan tu kluar.. klau tiba2 tersedar ada maklumat yg tersalah isi, betulkan semula.. *jgan risau, diorang bg 'chance' sbnyak 3 kali utk update semula permohonan korang*
Sedikit nasihat buat korang, jgan letak harapan tinggi sgat bg sesuatu course, sbb belum tentu korang akan dpat course yg korang mintak tu *wlaupun first choice*. Saya bukan bercakap atas dasar khabar angin ke ape, mmg lumrah nye mcam tu *even kwan saya yg dpat straight As byak plus pun ditawarkan course pilihannya yg ke-7* so ingat2 la, result UPU ni atas kesesuaian result dgan nasib je, bukan sebab org tu lebih pandai ke ape semata-mata, tidak sama sekali.. ianya brgantung juga kpada tuah dan usaha korang..
Okay saya tak mau la korang pikir 'isk dia ni, asyik ckap psal nasib je, dah tu, ape gunanya aku study hard?' bukan mcam tu, korang kena la berusaha utk mencapai cita2 korang sebab, Tuhan tu satu, dan Dia tak zalim kpada kita. Klau kita nk ambik course lain, kita dpat course lain, itu semua adalah ketentuan-Nya. Dia telah memberikan apa yg the best utk kita. So jangan la bersedih klau dpat course yg bukan dlam pilihan utama korang, sbb belum tentu lg korang akan excellent dlam bidang yg korang idam2 kan tu.. *cehh bg ceramah pulak aku nihh*
So korang, banyak2 kan la berdoa dan buat ibadat sunat supaya dipermudahkan perjalanan korang nnti..
Good luck & salam sayang~
No comments:
Post a Comment
jangan malu2 nak komen ya?